Berikut adalah pernyataan dari Jabatan Perikanan sebab kenapa mereka melarang import ikan ini:
IMPLIKASI UMUM
Perdagangan ikan-ikan hidup di seluruh dunia semakin meningkat.Di bawah program kawalan import, Malaysia telah mengemas kini senarai spesies dan genus ikan-ikan yang dilarang diimport sepertimana yang termaktub di dalam Akta Perikanan 1985 -Peraturan-peraturan Perikanan (Larangan Import, dsb.,bagi ikan) (Pindaan) 2011.
Ketiadaan kawalan keatasikan-ikan ini dikhuatiri akan mendatangkan kesan seperti berikut:
1.Penyumbang kepada bawaan penyakit baru dan punca sebaran serta rebakan penyakit dalam perairan negara.
2.Mengganggu keseimbangan biodiversiti, habitat dan spesies ikan asli di dalam negara.
3.Ikan-ikan tersebut boleh menjadi dominan dan membiak dalam perairan umum serta menjadi ikan pemangsa kepada ikan asli di sungai-sungai ataupun lautan.
4.Menyebabkan kerugian besar dari segi ekonomi kepada penternak dan pihak industri sekiranya kejadian rebakan dan kematian ikan berlaku secara besar-besaran dan tidak dapat dikawal.